Wednesday, 6 May 2015

Trio Food Steamer

Cuti hari wesak baru ni..sampai dari kampung pagi tu terus hantar anak g sekolah. Sekolahnya tak cuti hari wesak...anak memang mood cuti tapi Alhamdulillah neneknya pujuk g sekolah, walaupun nangis tapi kuat jugak semangat.

Dah settle hantar sek, balik umah layan GoShop. Memang tak tengok tv kecuali Ustaz Kazim Kalau dah Jodoh, Tanyalah Ustaz and some Islamic program kat tv Al Hijrah. Sekarang dh berjangkit tengok GoShop. Tapi tak pernah beli lagi... Terbaiklah...baru nak start Trio Food Steamer (TFS). Jimmy, Suraya dengan Chef Asma. Rupa-rupanya Chef Asma ada kulinary studio dan selalu buat baking class & etc. Dan guna TFS dalam kelas. Chef Asma pun ada jual produk TRIO.

Nak bulan Ramadhan ni memang ramai yang jual kuih talam. Tapi kekadang rasanya macam tak sampai. Nak cari yang macam orang dulu-dulu buat masa zaman kita kecik dulu, alahai payahnya. Harap2 dapat belajar buat kuih talam dan beli TFS ni dengan Chef Asma..Insya Allah.

Tengok Jimmy merasa kuih..Ya Allah sedapnya. Dan senangnya nak wat apam pokodot semua tu. Boleh buat sendiri untuk birthday party, kenduri, nak jamu tetamu & etc...dan yang best Chef ckp boleh meniaga sbb masak cepat..sekali masak boleh masuk banyak talam (ikut saiz la yer) sbb TFS ni saiznya 2x10L. Masuk ayam 3 ekor sekali pun boleh...fuhhh tergoda i...

Ada jugak beli utk mother's day ni kang...
Korang tengok la sendiri kat sini...memang best, Trio Food Steamer GoShop


Sunday, 8 March 2015

Langsing dengan 10 Tips Ringkas

10 TIPS LANGSING DENGAN MUDAH
Anda pasti inginkan bentuk badan yang memikat, pinggang yang ramping, ikuti 10 tips berikut:

10 TIPS LANGSING DENGAN MUDAH. ANDA PASTI TERUJA MENGETAHUINYA.

1) Amalkan snek di antara waktu makan.

snack-three-o-clock
Makan pada jam 3-4 petang

“Anda harus makan makanan ringan yang mengandungi protein pada jam 03:00-4:00 petang. Ambil snek berprotein, sekeping keju rendah lemak , atau badam dengan epal organik .  Pastikan anda tidak meninggalkan snek ini. Ia penting untuk meningkatkan metabolisme dan seimbangkan gula dalam darah. Semakin rendah kadar gula di dalam darah, semakin rendah kadar insulin di dalam badan dan mengakibatkan badan menyimpan lemak di bahagian tengah (perut-belly fat) anda. Makan setiap tiga hingga empat jam akan mengekalkan gula dalam darah anda,  tetapi ramai orang cenderung untuk makan lima atau enam jam antara makan tengah hari dan makan malam tanpa makan apa-apa pertengahan waktu tersebut. "

-Natasha Turner, doktor Naturopathic, pengarang The Hormone Diet

2) Senaman pertukaran bola

Lakukan senaman ini 3 kali seminggu.

Baring dan luruskan kaki dengan tangan di kepala anda. Mulakan dengan meletakkan bola di bahagian atas kepala. Ambil bola dengan tangan dan ambil bola tadi dengan menggunakan kaki iaitu bawakan kaki ke dada dan peluk bola dengan rapatkan kedua-dua buku lali. Luruskan kaki dan bawa kembali ke atas dan ambil dengan tangan dengan mengangkat sedikit kepala, dada ke hadapan. Ulang pertukaran bola dari kaki ke tangan sebanyak 10-12 kali. Lihat contoh di video tersebut.

Lihat video

3) Gula sifar

Ambil makanan yang rendah gula atau gula sifar. Ia memelihara kadar insulin yang rendah dan mengekalkan tahap glucagon yang tinggi. Glucagon ialah sejenis hormon yang bertindak mempertahan perut rata. Apabila insulin rendah, Glucagon akan dirembeskan untuk memecahkan lemak.

4) Kunyah

Kunyahan yang lama ialah tips mengelakkan kembung. Kunyah makanan sehingga seperti sos epal di dalam mulut anda . Penghadaman bermula di dalam mulut , dan tanpa mengunyah dengan betul , makanan tidak dicerna dengan baik . Lebih baik penghadaman bermakna kurang gas dan kembung . Perut tidak kembung, secara automatik akan kelihatan kempis.

5) Jaga pemakanan, Senaman Kardio, Bina otot, Senaman abdomen

Pertama, anda mestilah mengawal pemakanan dan kira jumlah kalori setiap hari. Kalori masuk mestilah lebih rendah daripada kalori keluar. Kedua, lakukan senaman kardio iaitu senaman khas untuk seluruh badan. Yang ketiga ialah bina otot dan akhir sekali senaman khas bahagian abdomen. Apabila anda lakukan keempat-empat langkah ini, anda akan kehilangan 1-2 paun seminggu. Ambil masa 30-60 minit sehari untuk menyediakan makanan berkhasiat. Luangkan 20 minit sehari tiga hingga lima kali seminggu melakukan kardio . Luangkan 15 minit sehari tiga kali seminggu latihan kekuatan . Akhir sekali , menghabiskan 5 minit sehari tiga kali seminggu melakukan senaman abdomen.

6) Bertukar kepada garam semulajadi

Garam semulajadi seperti garam bukit mengandungi Sodium yang rendah. Sodium yang tinggi akan meningkatkan perut kembung. Kurangkan penggunaan kicap di dalam makanan kerana ia mengandungi Sodium yang tinggi.
Anda mungkin boleh bertukar kepada garam bukit Halagel.

7) Saiz hidangan

Ambil bijirin penuh dan amalkan lemak Mono tidak tepu seperti minyak zaitun setiap hari. Orang yang makan bijirin penuh akan kehilangan lemak perut lebih mudah dan perut akan lebih mudah langsing

8) Bergembiralah

Kemurungan seringkali dikaitkan dengan lemak di bahagian perut. Ambil masa anda dan nikmati setiap detik dengan rasa bersyukur dan sentiasa ceria. Jika anda stress atau down, segeralah berjumpa dengan doktor anda.

9) Ambil minuman Protein

Menurut kajian The Journal of Nutrition, individu yang  mengamalkan minuman Protein dalam diet harian mampu menurunkan berat badan dan mengurangkan inci perut.

10) Minum air kosong cukup

Air kosong meningkatkan kadar metabolisme badan. Mengambil air yang cukup membantu badan membakar lebih kalori. Bukan sahaja anda lebih mudah menurunkan berat badan, malah mendapati pinggang lebih ramping.

----------------------------

Review produk

ESP merupakan minuman protein yang bebas Laktosa, tiada pemanis tiruan, dan rendah lemak.

ESP mengandungi Glisemik Indeks yang rendah.

Tindak balas glisemik menerangkan kesan makanan terhadap gula dalam darah.
Pengambilan karbohidrat menyebabkan gula dalam darah meningkat mendadak dan akhirnya menjunam. Anda akan berasa lebih cepat lapar, letih dan pemarah selepas itu. Pengambilan karbohidrat yang tinggi tidak membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan menawan malah menambahkan lagi lemak sedia ada.

Walau bagaimanapun , apabila kajian ke atas individu yang mengambil 1 hidangan ESP iaitu 110 kalori, perbezaan keputusan yang amat ketara . Gula darah tidak meningkat mendadak , juga tidak menjunam. Malah, ia kekal dan kesannya berpanjangan sehingga berjam-jam. Keseimbangan semulajadi berlaku dan keseimbangan metabolik terhasil. Anda lebih mudah mendapat bentuk badan idaman tanpa skip snek antara waktu makan.

DAPATKAN ESP ANDA SEKARANG!!!

BELI 6 PERCUMA 1

ATAU

BELI 2 DISKAUN 5%

Hubungi Kak Diana @ Kak Nor 0133699717
info kredit to Mama Shaklee (Mama Ummuainan)

Wednesday, 17 December 2014

Kedai Baru Kedai Lama

Salam para pembaca blog saya..
Mmg dah agak lama tidak bersua...pejam celik dah nak hujung tahun dah. Post blog saya yang terakhir hari tu masa Ramadhan.
Dalam tempoh tu jugak...macam-macam yang dah berlaku. Dapat anak buah baru, ilmu baru, kawan baru, pengalaman baru dan yang penting semangat baru dan impian yang menyala..amin
Sempena semangat dan impian baru ni..kami dah ada kedai online baru..banyak promosi dan diskaun hebat untuk semua yang pernah menjadi pelanggan kami dan yang nak ikut serta jadi member baru kami. Ada diskaun gempak untuk Vivix, Vitamin C dan Vitamin E Shaklee...dan banyak lagi... Alhamdulillah...
Jemput datang ke http://www.kedaivitamin.my
Kami tunggu ya...

Sunday, 13 July 2014

Jom Nyah Toksin dengan Vitamin Shaklee

Salam Ramadhan Kareem,

Di bulan puasa yang mulia ini, kita dituntut membersihkan hati, jiwa kita daripada segala perkara yang negatif / sangkaan-sangkaan buruk dan bisikan hati yang cenderung kepada perkara-perkara melalaikan.

Marilah kita bersama-sama fokus kepada memastikan hati kita benar-benar 'hidup' agar segala yang kita niatkan, buat dan lakukan akan mendapat 'guide' dan redha Allah, Insya Allah amin.

Dalam pada kita memantapkan jiwa dan rohani kita, jom sama-sama tingkatkan kualiti kesihatan kita. Kesihatan yang baik bukan sahaja didapati dengan pengambilan makanan yang berzat dan seimbang. Tetapi haruslah disertai dengan membuang segala racun-racun, toksik dan keladak-keladak yang berada dalam tubuh fizikal kita. Sama juga konsepnya dengan membuang keladak dalam hati, keladak fizikal daripada proses yang berlaku dalam badan mesti cepat dibuang.

Oleh itu, rangkaian produk Shaklee yang terdiri daripada Vitalea Multivitamin, Alfalfa Complex, B-Complex, Vitamin C, Performance Orange, Nutriferon yang lengkap dan bertindak sebagai nutrisi tambahan, mengekalkan kecergasan dan menguatkan imunisasi tubuh daripada penyakit.

Jika anda merasakan mahal untuk berbelanja membeli makanan tambahan untuk mengekalkan kesihatan anda. Cubalah untuk sakit, anda akan tahu berapa banyak yang akan anda bayar untuk membeli kesihatan anda semula!

Jom Nyahtoksin dengan Vitamin Shaklee.



Perkasakan Imunisasi Tubuh dengan Nutriferon Shaklee

Salam Ramadhan Kareem,


Jom cari ilmu tentang Nutriferon Shaklee yang dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima.

Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima. Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon® selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.

Nutriferon® mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.


Siapa yang harus mengambilnya:

  • Mereka yang kerap demam, selsema, cepat letih
  • Sering travel ke luar negara
  • Kurang imun badan
  • Terdedah kepada bahaya penyakit
  • Front desk officer yang berurusan dengan orang ramai
  • Yang sering berada dalam kelompok pekerjaan dengan pekerja dari luar negara (yang tidak mengambil imunisasi di negara mereka)
  • Sering stress

Dapatkan dari esell Shaklee secara online dari www.kedaivitamin.com.my dengan hanya RM182/30 sachet.

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

GLA Complex Shaklee untuk Mencantikkan Kulit

GLA Complex Shaklee terdiri daripada Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E.  Ia mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Borage Oil Flower
Sunflower Oil



Sumber dan Khasiat Vitamin E


Kebaikan GLA Complex Shaklee
Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

Boleh membantu mengurangkan masalah:


  • Eczema
  • Psoriasis
  • Arthritis
  • Respiratori
  • Depresi dan mood berubah
  • Inflamasi
  • Berkaitan jantung
  • Kolesterol
  • Risiko kanser
  • Ketidakseimbangan hormon



  • Tips
    *Pengambilan 2.2g borage oil dalam masa 12 minggu boleh mencantikkan kulit, melembapkan dan mengurangkan irritasi kulit

    Dapatkan GLA Complex Shaklee melalui esell online Shaklee pada harga RM92/90 caps untuk bekalan 90 hari anda.

     * Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

     1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

     * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.

    Saturday, 12 July 2014

    Benarkah Shaklee Sokong Israel ?

    Salam Ramadhan Kareem,

    Bila baca headline post ni, memang jadi berita yang memang menggemparkan bagi peminat produk Shaklee. Terutamanya di saat GAZA diserang dan termometer semangat kita pula dah mula membuak untuk memboikot segala produk berkaitan Israel.

    Tapi bagi kami Shaklee Independent Distributor (SID), dah biasa dengar pasal ni. Kita orang Malaysia memang jelek sangat bila dengar nama Israel. Jadi tak hairanlah bila banyak perumpamaan dibuat. Contohnya kita panggil rumpai paling degil di ladang sawit sebagai rumput Israel sebab memang sangat hidup tegar dan liat nak mati walau disembur dengan racun roundap sekalipun. Lagi satu perumpamaan yang terkeluar bila kita nasihatkan orang yang memang hati kering @ batu.."kau ni jangan jadi hati yahudi!" ha macam tu lah bencinya kita dengan kejahatan yahudi Israel. 

    Jadi wajar sangat untuk saya buat pencerahan di sini, kerana pengguna produk Shaklee amatlah ramai di Malaysia tercinta ini. 

    Viralnya kisah ini bermula dengan website ini: http://kic.myshaklee.com/us/en/
    Ia adalah website SID juga seperti saya. Jika klik pada tab ABOUT US, anda akan lihat pernyataan ini. Ada logo SID seperti yang dibulatkan. 


    SID ini meletakkan link kepada pertubuhan yang disokongnya iaitu http://www.kenesethisrael.com/. Klik pada KI dan anda akan dibawa ke website di bawah: Anda akan nampak logo Shaklee kan ? Jika klik pada logo tersebut, ia akan balik semula kepada website SID di atas. Ia adalah co-link di antara satu sama lain. SID ini menggunakan keuntungan yang beliau dapat daripada menjual produk Shaklee untuk KIC yang disokongnya. Dah duit dia, kita tak boleh nak buat apa.


    Tapi kita ada pilihan. Bagi SID dan semua pengguna produk Shaklee di Malaysia, kita boleh salurkan pendapatan kita dengan berzakat dan sokong Palestine pula. Boleh ikut langkah mudah berikut:

    1. Sumbangan melalui SMS dengan taip PALESTINE 3/5/10 dan hantar ke 39111 (Tabung Aman Palestine). Pengesahan derma akan diterima. 



    2. Hantar derma melalui online ke bank berikut: 

    Bank Islam:12029010047880
    Maybank:562263010787
    CIMB: 8600460353
    BMuamalat:12070005133717 
    RHB Bank:21245760004907
    Bank Rakyat: 220806195922
    https://ms-my.facebook.com/AmanPalestinOfficial

    3. Hantar melalui Aqsa Syarif : www.aqsasyarif.org.my


    Bertindaklah sekarang. Palestine memerlukan bantuan kita. 

    Moral of the story:

    1. Jangan cepat percaya berita yang dibawakan oleh mana-mana pihak sekalipun. Siasat dulu, cari kesahihannya. Saya membuat siasatan ini berdasarkan kepada apa pengetahuan yang saya ada dan tertera pada 2 website yang dirujuk tersebut. 

    2. Istiqamahlah dalam memboikot produk yang memang dah terang lagi bersuluh menyokong zionist Yahudi Israel. (Minta maaf cakap, McD Alamanda dan Bangi memang penuh bila termometer boikot kembali 'sejuk') - dua-dua kawasan majoriti Muslim.

    3. Cari yang positif, buang negatif. Fokus kepada beramal, menderma dan berdoa supaya diri kita menjadi magnet melekat kepada cerita yang positif sahaja. Tapislah dulu apa yang kita lihat, dengar dan rasa ke dalam diri kita.

    Alhamdulillah, dalam solat Jumaat lepas, Qunut Nazilah dah mula dibaca, menangis sebak Imam Masjid negara bila membacanya..

    Semoga doa kita di bulan Ramadhan ini dimakbulkan Allah. 

    Wallahualam. Peace. Pray for GAZA.